Utama

Wednesday, April 6, 2011

Jualan 1 dinar PG Melalui Sistem 'Kutu"

Assalammualaikum Semua...

Sekian lama tak menaip, hanya menampal koleksi silver yang ku beli baru-baru ini sahaja. Alhamdullilah, harga melonjak pada minggu ini. Kedua-dua komoditi iaitu emas dan perak melonjak ke tahap yang tertinggi pada minggu ini.

Semenjak menjadi Master Dealer Public Gold, timbul rasa tanggungjawab untuk melihat rakan-rakan sepejabat untuk memiliki emas walaupun 1 dinar. Idea timbul untuk membuat sistem 'kutu' 1 dinar untuk rakan-rakan yang agak liat untuk mengeluarkan RM600++ untuk 1 dinar bagi sekali pembelian.

Idea disuarakan dan seorang demi seorang bersetuju. Alhamdullillah...syukur. Untuk 'batch' yang pertama Enam rakan yang sedar akan kehebatan emas telah bersetuju untuk membuat 'collection' bermula bulan Januari 2011 hingga Jun 2011. 6 x 1 dinar telah di 'lock' dengan harga RM648/pcs. Ini bermakna setiap seorang seramai 6 orang hanya mengeluarkan RM108.00 setiap bulan dan bergilir-gilir memiliki 1 dinar daripada bulan Januari hingga Jun.

Jika dilihat dari segi keuntungan, memang tak untung pun. Tapi niat untuk melihat sahabat-sahabat di pejabat untuk memiliki emas tercapai jua. 

Alhamdullilah.....syukur. Aku sentiasa berdoa agar segala niat dan perbuatan aku di Redhai Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.



 


2 comments:

  1. 6 ketul trus lock 648? kat opis aku tiap2 hari gaji baru lock 1 dinar, harga naik ka turun la semua kongsi laa...

    ReplyDelete
  2. bos, ada 2 option sebenarnya....yang aku buat dan yang bos buat tu. Tapi untuk permulaan, untuk tarik perhatian, aku setuju buat 6 ketul trus lock 648. Tapi lepas ni kalau ada permintaan lagi, kena buat macam bos buat.....hehehe...kalau tak lebam jugak nak bayar 6 pcs sekali...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...