Utama

Saturday, April 9, 2011

EMAS DAN AR RAHNU

Wujudnya Ar rahnu adalah atas kesedaran berkenaan kenaikan harga emas bermula tahun 2000 hinggalah sekarang. Walaupun pajak gadai sudah lama wujud di Malaysia tetapi organisasi besar seperti bank tidak mahu melepaskan peluang menyediakan kemudahan Arrahnu (pajak gadai dalam Islam).

Arrahnu adalah satu kemudahan kepada pemilik emas untuk memajak emas dan mendapat tunai bagi tujuan tertentu. Trend sekarang telah menjadikan arrahnu sebagai alat untuk memiliki emas atau menambah stok emas. 

Kedua-dua cara tersebut memerlukan perancangan yang teliti agar tidak menjadi beban dan menyebabkan emas yang digadai tidak tertebus dan nama akan di 'black list'.

Perancangan teliti bermaksud tujuan emas di ar rahnukan. Paling berkesan ialah dapatkan tunai dan buatlah sesuatu yang berfaedah atau yang menguntungkan. Ini adalah kerana emas yang di gadaikan akan dikenakan kos upah. Contohnya, jika 20g emas 999.9 diarrahnukan kos upah untuk 6 bulan adalan RM149.00.

Tunai yang diperolehi pula adalah RM2,155.00. Oleh itu dalam masa 6 bulan, Tunai yang diperolehi sebanyak RM2,155.00 perlu la dijana untuk mendapatkan lebih dari kos upah iaitu RM149.00. Jika tiada masalah, maka Arrahnu adalah tempat yang sesuai untuk anda memanipulasikan emas anda. Kerana prinsip asasnya ialah 'Money make money'. Bonusnya ialah emas anda di arrahnu semakin tinggi nilainya dengan 1 syarat. Tebus emas anda bila sudah masanya. InsyaAllah anda boleh senyum dan senyum lagi.

Sekian. Jika anda ada pertanyaan HUBUNGI RANGKAIAN GOLDPOWERZ 017-3559693 / 0192668249


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...