KABARE SEMUA,
Moga-moga sihat dan dilindungi Allah sentiasa. Seperti yang dijanjikan, pada malam ini ingin saya mengajak pembaca semua mendalami dan menghayati bagaimana emas boleh dijadikan sebagai satu medium simpanan.
Selama 34 tahun saya langsung tidak terfikir bagaimana emas boleh dijadikan simpanan untuk masa depan. Baru sekarang terbuka hati untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas.
Sebenarnya nilai emas adalah sama sahaja daripada dahulu hingga sekarang. Hanya nilai Ringgit Malaysia, US Dollar, Pound Sterling, Yuan, Yen yang makin mengecil (maksudnya: dicetak makin banyak) membuatkan harga emas semakin mahal. Kadar penduduk yang bertambah memerlukan wang kertas ini dicetak berulang-ulang kali agar dapat memenuhi permintaan. Ini menyebabkan nilainya makin berkurang.
Berbeza pula dengan EMAS, hasil bumi yang sangat terhad ini dilombong diserata dunia bagi mendapatkannya. Untuk menghasilkan 1 ounze emas (31.1 gram) memerlukan 38 jam bekerja bagi seorang pekerja, bekalan air, elektrik yang tinggi.
Seperti yang dinyatakan di atas, kenaikan harga sebanyak 31% membuatkan emas adalah komoditi yang paling tinggi kenaikan harganya sepanjang 2010. Apa tunggu lagi, simpan emas untuk simpanan masa depan. InsyaAllah anda tidak akan kecewa.
No comments:
Post a Comment