Utama

Friday, December 31, 2010

EMAS MENGAJAR KITA BERJIMAT CERMAT

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA......Cubaan kali pertama menjual emas secara online sedetik sebelum tahun 2011 menjelma sungguh memeranjatkan aku.

Dalam masa kurang 8 jam, 3x20g jongkong emas 999.9 telah disambar pembeli. Memang syok. Tak sangka aku.

Berbalik kepada tajuk. Emas mengajar kita berjimat cermat.

Apa maksudnya ya.

Sebenarnya, apa yang aku ingin sampaikan adalah berkenaan ilmu emas. Jika seseorang itu tahu nilai emas dibandingkan dengan duit kertas,  maka setiap kali hati terdetik untuk berbelanja lebih dengan mengorbankan emas yang dimiliki, pasti timbul perasaan ' Kalau aku jual, aku dah untung, tapi kalau aku nak beli semula, mesti tak dapat harga masa aku beli dulu'. Ini membuatkan kita akan membatalkan niat untuk menjual emas tersebut dan menghalang kita untuk berbelanja melebihi pendapatan yang kita miliki. Teori ini hanya untuk sesiapa yang menyimpan emas dan tidak menjalankan perniagaan jual beli emas.

Berbeza dengan peniaga emas (macam aku...hohoho). Setiap belian dan jualan emas mesti mempunyai target keuntungan yang tersendiri. Sikit ke banyak ke, semua bergantung kepada tujuan. Aku akan jelaskan secara terperinci di post-post akan datang berkenaan 2 jenis pelaburan ini iaitu :

1) Emas sebagai simpanan masa depan

2) Emas sebagai simpanan masa depan dan juga pendapatan sampingan

Tungguuuuuuu

Selamat Membaca dan Selamat Beramal.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...